Bila kereta tiba-tiba bergegar semasa memandu, ia bukan sahaja mengganggu keselesaan tetapi juga boleh menjadi tanda ada masalah serius pada kenderaan.
Jangan abaikan getaran ini, sebaiknya diperiksa lebih awal kereta kita untuk mengelakkan kos pembaikan yang tinggi di kemudian hari.
Oleh yang demikian, berikut adalah 8 checklist untuk menyemak punca masalah kereta yang bergegar.
No.1: Keadaan Tayar
Tayar yang tidak seimbang atau rosak boleh menyebabkan kereta bergetar, terutama pada kelajuan tinggi.
Pastikan tayar kereta berada dalam keadaan baik dan seimbang. Jika ada bahagian tayar yang haus atau berbenjol, ini boleh menjadi punca utama gegaran dan perlu ditukar segera.
No.2: Alignment dan Balancing
Alignment dan balancing yang tidak tepat boleh menyebabkan roda tidak sejajar, lalu menghasilkan getaran semasa memandu.
Atas sebab itu kita kena dapatkan servis alignment dan balancing secara berkala untuk memastikan kereta berjalan lancar tanpa masalah gegaran yang mengganggu.
No.3: Sistem Suspensi
Suspensi yang lemah atau rosak seperti spring atau shock absorber, boleh menjadi punca utama kereta bergegar terutama di jalan yang tidak rata.
Jika suspensi tidak lagi menyerap hentakan dengan baik, kereta akan terasa bergetar atau bergoyang. Periksa komponen suspensi dan gantikan yang sudah haus atau rosak.
No.4: Enjin Mount
Jika enjin kereta bergegar terutamanya ketika berhenti atau dalam keadaan idle, ia mungkin disebabkan oleh engine mount yang rosak atau masalah pada spark plug.
Engine mount berfungsi untuk menstabilkan enjin, jadi jika ia rosak, enjin akan bergetar lebih kuat daripada biasa.
Selain itu, pastikan spark plug juga dalam keadaan baik, kerana ia boleh menyebabkan enjin tidak stabil jika tidak berfungsi dengan betul.
No.5: Sistem Brek
Getaran berlaku semasa menekan brek mungkin berpunca daripada cakera brek (brake disc) yang sudah haus atau tidak rata. Ini boleh mengganggu kestabilan kereta ketika brek ditekan.
Pastikan cakera brek dan pad brek diperiksa dan diganti jika perlu, untuk mengelakkan risiko keselamatan.
No.6: Driveshaft
Driveshaft yang bengkok atau rosak boleh menyebabkan kereta bergetar, terutama semasa pecutan.
Driveshaft bertanggungjawab menghantar kuasa dari enjin ke roda, jadi jika ada masalah, kita akan rasa getaran semasa memandu pada kelajuan tinggi.
No.7: Masalah Gearbox atau Klac
Jika kereta bergegar apabila menukar gear, ini mungkin petunjuk ada masalah pada gearbox atau klac (clutch).
Klac yang haus atau gearbox yang rosak boleh menyebabkan getaran, terutamanya semasa pertukaran gear atau semasa memulakan pemanduan.
Periksa gearbox dan klac untuk memastikan tiada komponen yang perlu diperbaiki atau diganti.
.
.
Jika ada perasan kereta bergegar, jangan abaikan tanda ini. Buat pemeriksaan segera dengan menggunakan checklist di atas atau dapatkan bantuan mekanik untuk mendiagnosis masalah sebenar.
Kadang-kadang, masalah gegaran ini boleh diselesaikan dengan penyelenggaraan yang mudah, tetapi ia juga boleh menjadi tanda awal kepada kerosakan yang lebih serius.
Dengan menjaga komponen kenderaan dalam keadaan baik, kita bukan sahaja mengurangkan risiko kerosakan tetapi juga memastikan pemanduan yang lebih selesa dan selamat!