Sebagai pemandu yang berhemah, kita perlu memastikan cara pemanduan kita adalah berhati-hati dan sentiasa prihatin terhadap pemanduan untuk mengelakkan kemalangan.
Antara perkara lain yang boleh kita lakukan adalah memastikan keadaan tayar kita dalam keadaan yang elok dan selamat. Hal ini penting kerana tayar kenderaan banyak terdedah kepada pelbagai keadaan permukaan jalan yang menjadi penentu penting keselamatan perjalanan kita.
Oleh sebab itu, kita akan kongsikan tips pada masa bilakah sesuai untuk kita menukarkan tayar.
No1 – Kedalaman Cengkaman Tread:

Cara paling visual menentukan tahap kehausan tayar sebab kita perlu melihat kedalaman tread tayar dengan mengukurnya.
Kaedah ini memerlukan kita menukar tayar apabila kedalaman cengkaman tread berkurang sehingga sekitar 1.6 mm atau sebaik sahaja kurang daripada 3mm.
No2 – Hydroplaning

Apabila tayar sukar memisahkan air yang menyelaputi tayar sehingga menyebabkan kita seperti terapung ketika memandu, maknanya genggaman tayar pada jalan raya tidak lagi begitu baik dan perlu ditukar.
Hal ini adalah sangat bahaya semasa hujan kerana boleh menyebabkan kita mudah teralih keluar dari jalan semasa memandu.
No3 – Umur Tayar

Walaupun tread pada tayar kelihatan baik, tayar boleh menjadi usang dan kurang selamat selepas beberapa tahun. Tayar biasanya mempunyai tarikh pembuatan pada sisi yang boleh membantu kita menentukan umur tayar.
Amalan lazim adalah menukar tayar selepas kira-kira 6-10 tahun. Namun keadaan ini juga bergantung kepada faktor-faktor seperti jenis tayar dan penggunaan kita.
Sekiranya tidak pasti bila tayar perlu ditukar, ada baiknya untuk kita dapatkan pendapat profesional dari mekanik atau pakar tayar.
Jika mahukan kesahihan, boleh datang ke bengkel kami dan dapatkan bantuan pakar mekanik kami yang boleh bantu anda dalam sebarang masalah berkaitan tayar anda.
Hubungi Kami: 0134715084
