Masalah yang boleh menghantui kita sebagai pengguna kenderaan adalah apabila kenderaan yang elok tiba-tiba breakdown tanpa disangka-sangka. Lebih-lebih lagi jika punca breakdown itu disebabkan enjin kereta yang sudah panas.
Adalah sangat penting untuk kita memahami cara mengelakkan masalah ini untuk memastikan perjalanan yang lancar dan sampai ke destinasi seperti yang dirancang.
Mari ikuti 4 tips mudah ini agar kita dapat mengurangkan risiko suhu enjin kereta kita meningkat sehingga overheat.
No.1 Servis Berkala

Ikut jadual servis berkala yang disyorkan oleh pengilang kereta atau mekanik kita. Penjagaan ini termasuk penggantian cecair coolant dan memeriksa komponen penting lain seperti thermostat dan water pump.
No.2 Pantau Suhu Enjin

Sentiasa pantau suhu enjin semasa memandu. Kebanyakan kereta moden dilengkapi dengan penunjuk suhu enjin pada dashboard.
Jika suhu enjin mula meningkat secara mendadak, berhenti di tempat selamat dan periksa punca masalah tersebut. Biasanya isu ini disebabkan cecair coolant kurang dan perlu ditambah.
No.3 Jaga Tahap Cecair Coolant

Pastikan tahap cecair coolant dalam tangki sentiasa mencukupi. Kebocoran atau kekurangan cecair coolant boleh menyebabkan suhu enjin meningkat kerana ia tidak dapat menyejukkan enjin dengan pantas.
Kita perlu selalu periksa tangki coolant dan pastikan tidak ada kebocoran, terutamanya jika kita merancang untuk melakukan perjalanan yang jauh.
No.4 Jaga Kesihatan Radiator

Tahap kebersihan radiator juga penting untuk memastikan suhu enjin sentiasa terkawal. Atas sebab itu, kita perlu membersihkan radiator daripada sebarang kotoran seperti daun, serangga atau apa-apa yang menghalang laluan angin.
Moga 4 tips ini akan membantu kita mengurangkan risiko mengalami masalah enjin overheat.Rancanglah perjalanan dengan baik! Kenderaan yang berkeadaan elok akan bantu memastikan perjalanan kita sampai ke destinasi dengan selamat.
 Hubungi Kami: 0134715084
Hubungi Kami: 0134715084
 
															