Teknologi kenderaan beroda kini sudah semakin maju. Semakin banyak kenderaan automatik yang menggunakan tranmisi CVT telah mengantikan gearbox auto konvensional yang menggunakan kotak gear biasa.
Sistem CVT (Continuously Variable Transmission) mempunyai minyak khas untuknya dan ini mungkin akan mengelirukan pengguna kereta auto di mana kita berpotensi tersilap menggunakan minyak salah sehingga boleh menjejaskan prestasi kereta kita.
Apa Itu Transmisi CVT & ATF
Sistem transmisi automatik konvensional menggunakan ATF (Automatic Transmission Fluid) yang berasaskan sistem enjin gear manual menggunakan sistem komputer untuk mengawal proses transmisi enjin secara automatik.
Sistem transmisi automatik CVT pula, mempunyai sistem dwi-pulley yang tiada nisbah gear tetap dan lebih kompleks daripada sistem manual dan juga auto. Ini menjadikan ia sebuah sistem yang lebih lancar daripada sistem auto konvensional.
Jenis Minyak CVT & ATF
Kedua-dua sistem auto ini memerlukan minyak untuk mudah beroperasi. Namun minyak CVT dan ATF mempunyai fungsi yang agak berbeza.
Minyak ATF bertindak sebagai pelincir memastikan geseran berkurang. Sebaliknya, fungsi utama minyak CVT adalah meningkatkan geseran bukan mengurangkannya. Jadi jika kita tersilap masukkan minyak, bukan sahaja prestasi terjejas, malah kereta kita bakal rosak teruk.
Bayangkan jika kita guna minyak ATF dalam sistem CVT. Minyak pelincir itu akan menyebabkan sistem pulley tergelincir dan mencalarkan dindingnya. Begitu juga sistem ATF akan mengalami kesukaran dan kerosakan dengan minyak CVT disebabkan peningkatan geseran.
Perlu kita beringat untuk memastikan sistem transmisi yang digunakan kereta kita agar tidak muncul masalah kerosakan yang akhirnya akan membebankan kewangan kita.
Jika tidak pasti, jemputlah ke bengkel kami untuk mendapatkan servis terbaik penukaran minyak transmisi tanpa perlu ada kerisauan.
Hubungi Kami: 0134715084
