Pernah tak kita tertanya mengapa kita perlu menukar minyak mengikut mileage tertentu sedangkan minyak kita masih cukup dan masih elok sahaja?
Minyak enjin merupakan komponen yang penting di dalam enjin sebagai pelincir untuk memastikan enjin akan beroperasi dengan lancar. minyak enjin yang dah lama selalunya sudah tercemar dengan habuk, kotoran dan serpihan daripada enjin serta persekitaran.
Apabila itu berlaku, minyak tidak dapat menjalankan tugasnya dengan betul. Sebab itu, kita akan lihat 5 sebab mengapa minyak enjin perlu selalu ditukar.
No1 – Mengekalkan Kelancaran Enjin

Enjin akan beroperasi pada kelajuan tinggi dan mempunyai banyak bahagian yang bergerak. Maka komponen bergerak tersebut akan menghasilkan haba dan akan merosakkan enjin secara mendadak tanpa minyak pelincir yang betul.
No 2 – Mendinginkan Komponen Enjin

Minyak enjin juga bertindak sebagai penyejuk enjin dengan mengurangkan geseran komponen yang akan menghasilkan haba. Minyak bersih yang mencukupi mengelakkan terlalu banyak geseran dan terlalu panas enjin.
No 3 – Mengeluarkan Zarah Halus & Kotoran Enjin

Zarah dan kotoran pada enjin jika dibiarkan lama-lama kan menyebabkan hakisan dan mengurangkan hayat kereta. Malah, semakin lama minyak akan terurai dan bertukar menjadi kotoran juga. Dengan menukar minyak secara tidak langsung terkeluarlah zarah halus dan kotoran pada enjin.
No 4 – Meningkatkan Jarak Perjalanan

Pelincir membantu juga penjimatan minyak kereta kerana minyak enjin yang tidak mencukupi boleh menyebabkan penggunaan bahan bakar yang lebih tinggi. Seterusnya, pengisian semula minyak menjadi lebih kerap.
No 5 – Menggalakkan Jangka Hayat Kenderaan

Penyelenggaraan berkala menjadikan kenderaan kita akan tahan lebih lama. Kotoran minyak menyukarkan pembakaran sempurna dan membuat komponen dalaman bekerja lebih keras.
Juga, hayat enjin yang lebih pendek dan bertambahnya masalah yang menelan wang yang banyak akan terjadi jika kenderaan tidak di selenggara.
.
.
Kini menjadi lebih jelas kenapa penting untuk kita memastikan minyak enjin ditukar bila sampai masanya. Semuanya untuk keselamatan kenderaan dan kita juga.
Jemput Datang Ke AMS Autospec, untuk dapatkan servis:
Oil Change
Aircond
Timing Belt
Brake
Suspensions
Clutch
Hubungi Kami: 0134715084
