AMS AUTOSPEC

Tentang Kami

AMS AUTOSPEC

AMS AUTO SPEC mula menceburi bidang automotif pada tahun 2004 sebagai bengkel motosikal. Pada tahun 2013, AMS AUTO SPEC mengembangkan perniagaannya dengan menubuhkan pusat servis kereta dan penyelenggaraan aircond. Kini, AMS AUTO SPEC merupakan sebuah pusat servis kenderaan dan aircond yang mempunyai 30 cawangan beroperasi di kawasan utara serta dimiliki 100% oleh Bumiputera Muslim. AMS AUTO SPEC juga menjalankan sistem lesen dengan melantik usahawan atau rakan niaga yang berminat untuk berniaga menggunakan kaedah dan metodologi bisnes AMS AUTO SPEC.

Visi Kami

Menjadi jenama terkemuka dalam bidang automotif di Malaysia dengan menyediakan peluang pekerjaan dan keusahawanan serta memberikan mutu kerja yang terbaik melalui servis dan barangan yang berkualiti serta harga yang berpatutan kepada pelanggan.

Misi Kami

Menyasarkan pembukaan lebih 12 cawangan setiap tahun serta menjadi syarikat korporat yang berpendapatan tinggi.

Objektif Kami

Objektif utama AMS AUTO SPEC adalah ingin memperluaskan lagi bidang automotif bumiputra yang berjaya. Selain itu juga ingin melahirkan dan membentuk individu yang berkemahiran dan profesional dalam bidang automotif.

Founder AMS AUTOSPEC

EN. ANOWUR BIN AHMAD PENGERUSI

EN. AMLIS BIN AHMAD

EN. AZMIL BIN AHMAD

EN. AZWAN BIN AHMAD