AMS AUTOSPEC

5 Masalah Biasa Terjadi Pada Power Steering

Sistem power steering adalah salah satu komponen yang kritikal dalam kereta, di mana ia berfungsi untuk membantu kita mengawal kenderaan dengan lebih mudah dan mengurangkan keletihan semasa memandu.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah orang langsung tidak memikirkan keberadaan power steering di kereta mereka sehinggalah ia mula rosak.

Power steering juga boleh mengalami pelbagai masalah sepanjang hayat kereta, di mana ia boleh membawa kepada kenderaan kita kekurangan prestasi dan pengendalian yang kurang selamat.

Jadi untuk kali ini, kami akan kongsikan 5 masalah yang biasanya terjadi pada power steering yang perlu kita sama-sama ambil perhatian.

No1 – Cecair Power Steering Kurang

Power steering kita memerlukan minyak/liquid khas untuk memastikan kelancaran sistem tersebut.

Cuma, kadang-kala kita tidak seberapa prihatin dan membiarkan minyak power steering kita berkurangan dan seterusnya menyebabkan stereng sukar dikawal dan pam stereng akan mengeluarkan bunyi berdengung.

No2 – Kebocoran Minyak Power Steering

Salah satu masalah utama yang boleh berlaku adalah kebocoran minyak pada sistem power steering ini. Kebocoran boleh berlaku pada hos, paip atau komponen seperti pam power steering.

Kebocoran begini akan mengakibatkan penurunan paras minyak dalam sistem dan menyebabkan prestasi power steering yang lemah.

No3 – Getaran Pada Steering

Gegaran atau getaran yang tidak biasa berlaku pada stereng boleh terjadi disebabkan oleh masalah dalam sistem power steering.

Ini mungkin menunjukkan kelemahan dalam pam power steering atau komponen dalam sistem power steering yang tidak lagi berfungsi dengan baik. Getaran ini boleh dirasai terutama semasa membelok atau semasa berhenti.

No4 – Kerosakan Pulley atau Belt Power Steering

Power steering menggunakan pulley dan belt untuk memindahkan kuasa. Jika pulley atau belt mengalami kerosakan, ini boleh mengganggu pergerakan sistem power steering dan menyebabkan masalah prestasi.

Apabila ini berlaku, sukar untuk kita mengawal kenderaan ketika memandu.

No5 – Sambungan Hos Tergelincir

Sambungan yang menghubungkan hos kepada bahagian lain sistem stereng mungkin tergelincir dari semasa ke semasa.

Masalah ini agak mudah untuk kita kesan dan mudah untuk dikenal pasti, tetapi ia perlu diperbetulkan oleh seorang profesional supaya sistem stereng kita berfungsi dengan betul.

Penting untuk mengambil tindakan segera jika menghadapi sebarang masalah dengan sistem power steering kereta kita.

Membiarkan masalah ini tidak diperbaiki boleh mengakibatkan masalah lebih besar dan pengendalian kereta menjadi semakin tidak selamat.

Sebaiknya dapatkan pendapat profesional daripada mekanik yang mahir dalam sistem power steering untuk membaiki masalah tersebut.

📲Hubungi Kami: 0134715084

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *