Dalam kehidupan sehari, kereta merupakan salah satu alat pengangkutan yang sangat penting untuk membawa kita dari satu tempat ke satu destinasi yang dituju.
Sebagai pemilik kereta, kita semestinya mahukan kereta sentiasa di dalam keadaan yang baik dan tiada masalah.
Untuk mencapai tujuan tersebut, pemahaman kita pada penjagaan komponen-komponen adalah penting untuk kita ketahui agar kita boleh kenal pasti masalah lebih awal dan elakkan dari ditipu semasa membaiki kenderaan.
Dalam perkongsian kali ini, kita akan kongsikan 4 komponen utama dalam sesebuah kereta. Dengan memahami pentingnya komponen-komponen ini, pemilik kereta akan dapat memastikan kereta tetap beroperasi dengan baik.
No1 – Penapis Udara

Apabila penapis udara menjadi terlalu kotor, ia akan menyebabkan bekalan udara kepada enjin berkurangan lalu menyebabkan proses pembakaran menjadi kurang cekap, sekali gus menghalang enjin daripada menghasilkan kuasa yang sepatutnya.
Penggantian penapis udara digalakkan dibuat dengan lebih kerap untuk mendapatkan pemanduan yang lebih optimum.
No2 – Radiator

Tanpa radiator, banyak bahagian dalam hud kereta akan ‘overheat’. Radiator berfungsi mengekalkan suhu enjin agar tidak terlalu panas sehingga membahayakan kenderaan.
Kita perlulah dari masa ke semasa untuk menyekan tahap air Radiator kereta untuk memastikan kenderaan kita tidak overheat dan akhirnya tersadai di tepi jalan.
No3 – Bateri

Untuk kereta kita bergerak lancar, bateri antara komponen yang penting. Malah, banyak proses dalam kereta tidak dapat berjalan jika habis bateri, penyaman udara, radio, lampu tidak dapat dihidupkan, termasuklah kereta itu sendiri.
Bateri boleh bertahan selama 1-2 tahun, tetapi selepas setahun kita perlu memeriksa keadaan bateri sama ada perlu dicas semula ataupun ditukar baru.
No4 – Alternator

Alternator membantu kereta memberikan kereta tenaga untuk bergerak. Disebabkan alternator dan bateri berfungsi bersama, jika alternator tidak lagi mengecas bateri, tenaga bateri akan habis menyebabkan kenderaan tidak lagi boleh bergerak.
Kesihatan kenderaan bergantung kepada keadaan alternator kerana jika berlaku kerosakan padanya akan boleh menyebabkan kerosakan berlaku kepada komponen yang lain.
.
.
Seperti yang telah kita ketahui, komponen-komponen penting ini jika tidak diselenggara dengan baik akan menyebabkan masalah yang lebih besar dan berkemungkinan menyebabkan kita berhabis wang yang banyak.
Atas sebab itu, perlulah kita sentiasa semak 4 komponen ini agar kita sentiasa di dalam keadaan paling baik.
Jemput Datang Ke AMS Autospec, untuk dapatkan servis:
 Oil Change
Oil Change
 Aircond
Aircond
 Timing Belt
Timing Belt
 Brake
Brake
 Suspensions
Suspensions
 Clutch
Clutch
 Hubungi Kami: 0134715084
Hubungi Kami: 0134715084
 
															