Ada 1 komponen yang penting di dalam kenderaan yang membolehkan suspensi dan stereng bergerak dengan lancar dengan memindahkan kuasa enjin ke roda.
Komponen ini adalah Constant Velocity Axle (CV Axle).
Perkongsian kali ini adalah berkenaan punca mengapa komponen yang penting ini boleh rosak pada sesebuah kenderaan.
No1 – Gegaran Axle

CV Axle mempunyai komponen yang dipanggil CV joint yang apabila rosak akan menyebabkan kerosakan pada CV Axle.
Ini akan menyebabkan CV Axle kehilangan keupayaan penyerapan kejutan dan mengganggu putaran roda yang lancar.
Kita boleh mengenal pasti kerosakan ini melalui gegaran yang berbunyi di sistem stereng dan casis kenderaan.
No2 – Kehausan Komponen

Terdapat getah pada sambungan CV Axle yang boleh haus akibat putaran komponen ini dan mengekalkan penghantaran kuasa ke roda. Kehausan getah ini yang boleh menyebabkan CV Axle koyak dan rosak.
Kehausan getah ini juga akan mengeluarkan bunyi ketika kereta membelok kerana kini komponen logam boleh bergesel antara satu sama lain yang menghasilkan bunyi bising ketika membelok.
No3 – Kesan Gris

Jika terdapat kesan gris pada tayar atau permukaan lower arm, itu merupan juga tanda di mana CV boot mungkin koyak.
Kerosakan ini boleh berlaku akibat haba, penuaan atau serpihan di jalan raya, menyebabkan kebocoran gris dari CV Boot.
Jika kita merasakan adanya 3 tanda ini pada kenderaan yang kita bawa, adalah penting untuk kita dapatkan pendapat seorang mekanik yang berkelayakan untuk mengenal pasti dan membaiki masalah yang melanda.
Untuk itu, kami ingin menjemput ke bengkel-bengkel kami AMS, Autospec. Anda boleh google bengkel mana yang berdekatan dan kami beroperasi di tiga negeri, Kedah, Penang dan Perak.
 Hubungi Kami: 0134715084
Hubungi Kami: 0134715084
 
															