AMS AUTOSPEC

3 Bunyi Tanda Air-Cond Bermasalah

Air-cond (AC) adalah komponen kereta yang sangat penting. Bayangkan jika musim panas tiada AC dan kita perlu ke sesuatu tempat, pasti rasa tidak selesa untuk terus memandu di dalam kereta tersebut.

Jika kereta mulai mengeluarkan bunyi yang pelik, ada potensi besar yang adanya masalah pada kenderaan yang dinaiki. Setiap bunyi boleh menjadi petanda kepada apa masalah yang kereta hadapi.

Atas sebab itu, ini adalah 3 jenis bunyi yang menandakan air-cond bermasalah.

No1 – Bunyi Berdecit

Bunyi ini mungkin menunjukkan masalah pada sistem serpentine belt yang mengawal komponen AC seperti kompressor. Belt yang haus atau longgar akan menghasilkan bunyi ini.

Selain itu, bunyi ini juga mungkin disebabkan oleh masalah kompresor AC atau tekanan gas penyejuk tidak mencukupi.

No2 – Bunyi Berdengung @ Bising

Bunyi ini berpunca akibat kehadiran debu atau kotoran dalam sistem AC yang mengganggu operasi komponen seperti kipas dan pulley.

Ia juga merupakan petanda di mana keadaan kompresor atau bearing kipas telahpun haus atau rosak.

No3 – Bunyi Ketuk-Ketuk atau Berdentum

Bunyi yang biasa juga kita dengar dalam movie, dihasilkan oleh sistem AC yang mungkin menunjukkan masalah kompresor tidak brefungsi elok atau rosak.

Jika ia tetap berlaku setelah kompresor masih dalam keadaan yang baik, masalah pada pengaliran gas penyejuk juga boleh menghasilkan bunyi ini.

Jika kita amati betul-betul, setiap bunyi yang kenderaan hasilkan akan menunjukkan masalah yang berlainan dan kebetulan kebanyakan bunyi tersebut didengari melalui AC atau dihasilkan oleh masalah AC sendiri.

Semoga perkongsian kali ini juga bermanfaat. Kalau perlukan bantuan AC anda, JOM ke cawangan-cawangan bengkel kami, AMS Autospec.

📲Hubungi Kami: 0134715084

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *